Seorang tokoh negara yang berbangsa India yang banyak mencurahkan baktinya di Malaysia.Beliau telah banyak membantu rakyat India dan kaum-kaum lain demi kebaikan sejagat.Jasa beliau terhadap negara tidak akan padam selama-lamanya.
V.T. Sambanthan dilahirkan pada 16 Jun 1919 di kawasan pedalaman di Sungai Siput, Perak Darul Redzuan. Semasa kecil beliau tidak banyak bergaul dengan masyarakat lain. Beliau seorang yang rajin. Beliau mula bergaul dengan masyarakat lain apabila bersekolah di Sekolah Clifford di Kuala Kangsar, Perak. Beliau sangat cemerlang dalam pelajarannya hingga membolehkan beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Annamalai di Selatan India dan mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera dari universiti tersebut. Tun V.T. Sambanthan merupakan seorang pejuang daripada masyarakat India. Sejak kecil lagi sangat aktif dalam pelbagai kegiatan di sekolah dan universiti. Kepimpinan terserlah apabila dilantik menjadi Presiden Kongres India Malaya ketika berusia 36 tahun. Kemudian V.T. Sambanthan dilantik menjadi menteri penuh dalam pelbagai kementerian. | |||||
Pada tahun 1955, pilihanraya yang pertama telah diadakan dan Parti Perikatan telah memberi penghargaan kepada beliau untuk mewakili kawasan Kinta, Perak. V.T. Sambanthan telah menang dan diberi kepercayaan untuk menjadi Menteri Buruh. Pada tahun 1957 pula beliau dilantik menjadi Menteri Kesihatan. Seterusnya pada tahun 1959 telah dilantik menjadi Menteri Tenaga, Telekom dan Pos.Jawatan yang terakhir dipegang oleh V.T. Sambanthan ialah Menteri Perpaduan Negara. Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh V.T. Sambanthan terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan dari segi kemudahan kepada rakyat serta semangat patriotisme pada masa itu. V.T. Sambanthan juga turut berjasa dalam menyatukan masyarakat India di Fiji dengan masyarakat pribumi.
|
No comments:
Post a Comment