hero malaya ♥ DATO' ONN JAAFAR ♥


Siapa yang tidak kenal dengan HERO MALAYA ini??
Beliaulah yang telah banyak menaikkan semangat juang di dalam diri orang Melayu.
Bibit-bibit cinta akan bangsa dan negara telah ditiup ke dalam setiap jiwa rakyat.
Jadi,sebagai tanda penghargaan kepada beliau,kami akan membawa pembaca-pembaca sekalian mengenali sendiri siapa HERO MALAYA kebanggaan kita semua,


Dato’ Onn Jaafar dilahirkan pada tahun 1895 di Bukit Gambir, Johor Bahru. Bapanya Dato’ Jaafar Haji Muhammad (1838 – 1919) merupakan Menteri Besar Johor yang pertama sementara ibunya pula, Hanim Rogayah berasal dari Scarcia, Turki. Sultan Johor pada ketika itu, iaitu Sultan Ibrahim telah menghantar dan membiayai pengajian beliau di England dan beliau merupakan pelajar terbaik dalam bahasa Inggeris dan Perancis.



Sekembalinya ke tanahair,beliau telah dihantar pula oleh bapanya ke Kolej Melayu Kuala Kangsar untuk mendalami pengajian Bahasa Melayu. Sejurus kemudian, beliau mula terlibat dalam bidang politik dan perjuangan bangsa Melayu. Antara penglibatan beliau adalah ketika memegang jawatan sebagai pengarang Warta Ahad dan juga semasa menjadi ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor, di mana beliau telah membuat dua sumbangan yang besar kepada rakyat Johor, iaitu, menubuhkan Biasiswa Sultan Ibrahim dan memberi tiket penerbangan percuma kepada pegawai-pegawai kerajaan negeri Johor yang beragama Islam untuk mengerjakan haji.


Pada tahun 1946, British telah menubuhkan Kesatuan Malaya (Malayan Union) tetapi telah ditentang hebat oleh bangsa Melayu kerana ia merampas kuasa pemerintahan Sultan dan hak istimewa orang Melayu. Dato’ Onn telah bertindak dengan mengadakan Kongres Melayu Sa-Malaya bagi meyatukan orang Melayu untuk menentang Kesatuan Malaya. Wakil-wakil dari 41 Persatuan Melayu telah menghadiri Kongres tersebut yang diadakan dari 1 hingga 3 haribulan Mac tahun 1946. Diantara keputusan yang telah dicapai di dalam Kongres tersebut ialah memulaukan Kesatuan Malaya, berkabung selama tujuh hari dan memakai lilitan putih pada songkok oleh setiap ahli. Kemudian, pada 4 haribulan Mac tahun 1946, Dato’ Onn telah menubuhkan UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau United Malay National Organization) untuk menyatukan bangsa Melayu dalam menentang Kesatuan Malaya secara habis-habisan.


Beliau telah dilantik sebagai Presiden UMNO yang pertama. Sejurus kemudian, beliau telah membuat satu cadangan untuk membuka keahlian UMNO kepada bangsa Malaya yang lain bagi menyelesaikan isu perkauman di dalam politik. Walau bagaimanapun, cadangan beliau telah dibangkang keras oleh orang Melayu dan justeru itu, Dato’ Onn bersara sebagai Presiden pada tahun 1951. Selain daripada mengasaskan UMNO, beliau juga bertanggungjawab dalam meningkatkan taraf kebajikan sosio ekonomi bangsa Melayu dengan menubuhkan Lembaga Kemajuan Industri Luar Bandar (RIDA). Walaupun gagal di dalam Pilihanraya Umum tahun 1955 untuk menjadi Perdana Menteri Malaya yang pertama, beliau telah memainkan peranan yang sangat penting dalam sejarah dengan membuka jalan untuk Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos tahun 1957. Dato’ Onn meninggal dunia pada tahun 1962 ketika berusia 67 tahun.




www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment